Kompang


                                                      
PERSATUAN BELIA KOMPANG
WARISAN SRI DELIMA (KG MELAYU SUBANG)

nk order??? call no nie: 
017-3117834 , 017-6955167 , 012-2002491 , 013-3506662,


SEJARAH PENUBUHAN KOMPANG....
Sebelum tertubuhnya persatuan belia kompang warisan sri delima ini, kompang ini lebih di kenali sebagai kumpulan kompang melayu 1 hati (Ezhar) pada tahun 1980an yg di kendalikan oleh En Kaza, En Abdul dan En Rasyid. Selepas mempunyai beberapa masalah, semua ahli bersetuju untuk membubarkan Kompang Ezhar pada tahun 1983.


Pada 1985 tertubuhnya Pasukan Kompang Sri Delima yang di ketua oleh En Yassir Farid (Boy Subang) bersama-sama rakan2 beliau. Pada ketika itu saingan utama ialah Pasukan Kompang Sinar 12 (PKNS Kampung Melayu Subang). En Yassir telah mengajak kawan2 beliau seperti :
A'am, Pee Nasib, Zaidi, Azhar Munkip, Fital, Ayee, Pojan, Zul Harun, Nik Azmi Dan Azmi Suratman.


Pada 1988 pihak Pasukan kompang Sri Delima telah membuka peluang kepada belia2 kampung melayu subang untuk menyertainya seperti :
Zaidi Sariman dan adik beradik, Zam, Azmi Haron,Jeman Ajis, Jalal Kasnan, Raus, Raof Tumin & Adan. Pada waktu ini kami berlatih di Rumah UMNO (sebelah balai polis ketika itu).



Pada 1991 tampuk pemerintahan di serah kepada En Zaidi Sarimen dan rakan-rakan kerana En Yassir menyambung pelajaran di U.K. waktu ini Markas latihan berdekatan Kedai Cik kenet (depan sk subang).



Pada 1996 Sri Delima yg di ketuai oleh Azizi (Jiji), Khairul Shofa (Copa) dan Fatihul Ariffin (Ipin). waktu ini Markas latihan di Rumah En Fatihuh Ariffin iaitu di kedai Manang Lama berdekatan Kedai Azam Motor.


Pada 2003 tampuk pentadbiran berubah lagi dengan di terajui oleh En Rahsid Ramli (Acheed), Ezwan Rahman (Wan PKNS) dan Fatihul Ariffin (Ipin).waktu ini Markas latihan di Rumah En Fatihuh Ariffin iaitu di kedai Manang Lama berdekatan Kedai Azam Motor dan Markas kedua berhampiran kedai makan Selera Simpang Pekan subang.
Pada 2007 Hazri Hasan (Halim), Zamnazlan Zainalin (lan), Zairul sarimen (Jamil) dan Afizi (Appy) memikul tanggunjawap bagi meneruskan perjuangan seni kompang. Pada ketika ini Perkataan Warisan di masukkan untuk melambangkan pasukan ini dari Generasi ke generasi. Dengan itu maka tertubuhlah Pasukan Kompang Warisan Sri Delima. pada 2007 kami telah memenangi pertandingan kompang di kampung melayu subang dengan menjadi johan keseluruhan. waktu ini Markas latihan di Rumah En Afizi iaitu di rumah Cikgu Aziz. Rashid Bin Ramli (Aceed) telah di lantik menjadi Penasihat Kompang pada ketika ini.

Pada 2010 pentadbiran berubah sekali lagi dengan di terajui oleh Hazri Hasan (Halim), Zamnazlan Zainalin (Lan), Rashid Ramli (Acheed), Mohd Yunus Bin Ahmad Yusuff (Ben) dan Hearul Aziz alam syah (jawa). pencapaian terbaik ketika ini ialah kami berjaya mendaftarkan pasukan kompang warisan sri delima di Kementerian Belia Dan Sukan dan mendapat taraf Persatuan. selain itu kami juga telah membuka cawangan Persatuan Belia Kompang WarisanSri Delima (Shah Alam) di Masjid Jamek Seksyen 16 Shah Alam. Markas kompang warisan sri delima (kg subang) waktu  ini di Rumah En Hazri iaitu bersebelahan rumah
                                                                                            Wak Tamrin@Tamran.

Pada 2012 persatuan mengambil konsep memperkasakan ahli-ahli lama dengan menyerahkan kuasa kepada Khairul Azraf Bin Senian (Ucuk), Mohd Arif Bin Sahak (Karok) dan Hearul Aziz Alam Syah Bin Purnama (Jawe). Pengurusan yang baru ini akan di bantu serta di pantau oleh 3 orang Penasihat tetap iaitu :
Rashid Bin Ramli (Aceed), Mohd Hazri Bin Hasan (Halim), Zamnazlan Bin Zainalin (Lan). waktu ini Markas latihan di Rumah En Khairul Azraf  iaitu berhampiran rumah Cikgu Aziz.



                        Warisan Sri Delima = Cekmek Molek.



Ahli-Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Belia Kompang
Warisan Sri Delima (Kg Melayu Subang) :

Penasihat :
1) Rashid Bin Ramli (Aceed)
2) Mohd Hazri Bin Hasan (Halim)
3) Zamnazlan Bin Zainalin (Lan)

Pengerusi :
Khairul Azraf Bin Senian (Ucuk)

Timb. Pengerusi :
Mohd Arif Bin Sahak (Karok)

Setiausaha :
1) Muhammad Aidil Zikry Bin Zaidi (Chempiang)
2) Mohd Lukman Syafik Bin Alansyah (Qhuyup)

Bendahari :
1) Hearul Aziz Alam Syah Bin Purnama (Jawe)
2) Muhammad Zainul Ariffin Bin Mohd Zailan (Unol)

Ajk-Ajk Khas :
1) Muhammad Bin Tamran (Mamat Tam)
2) Mohd Fahmi Bin Samsudin (Fahmi Kecik)
3) Mohd Anwar Bin Shahrom (Nuar Pen)
4) Mohammad Hishamuddin Bin Sahak (Sham)

Otai-Otai Lama :
1) Abg Yassir Farid (Pengasas Kompang Warisan Sri Delima)
2) Abg Zaidi Sarimen (Rumah sebelah sk subang)
3) Abg Jalal Kasnan (Anak Pak Bilal)
4) Abg KhairuL Shofa Senian (Copa)






    



 Baju Batik 2012
 (Batch 3)
                                                Mr Mato2 (Lan) + Wajidi Apeng (Lihin)
                                  




  Persatuan Belia Kompang Warisan Sri Delima
   (Cawangan Seksyen 16 Masjid Raja Uda)







YM = mr.mato2@yahoo.com
VIDEO = http://www.youtube.com/user/lagenda8485
PICTURE = http://lan123.fotopages.com/ 
EMAIL = warisan_sri_delima@yahoo.com 
WEB = http://warisan-sri-delima.blog.friendster.com/ 
WEB = http://persatuankompangwarisansridelima.blogspot.com/ 

"" KAMI BUKAN YANG PERTAMA...TAPI YANG TERBAIKK""

SEBARANG INFO TERBARU AKAN DI KEMASKINI KELAK. TQ (".)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan